Penglibatan Program Pertama Di UPSI

Barisan Fasilitator Yang Terlibat Bersama Kaunselor Sekolah

Sebenarnya progam ini telah lama dilaksanakan. Tengok sahaja pada tarikh yang tertera di gambar atas. Bukannya apa saja-saja untuk tambah modal berbicara huhu... Program ini merupakan program pertama saya dan rakan seperjuangan yang lain melaksanakan tugasan luar. Ianya di bawah subjek Hubungan Etnik kelolaan En Samri. Pada ketika itu kami baru saja berada di semester kedua di UPSI. Program yang diberi nama "Program Mawadah Siswa Siswi UPSI" telah diadakan pada 1-3 Februari 2008 bertempat di SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor yang merupakan sekolah lama saya. Seramai 28 orang fasilitator yang terlibat sama dalam menjayakan program tersebut. Nampak ramaikan??? Ala sebenarnya ni adalah gabungan dua team huhu...

Bersama Peserta Pelajar SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor

Peserta yang terlibat dalam program yang kami anjurkan ini adalah terdiri daripada peserta 'bakal pengawas' yang telah dipilih oleh sekolah tersebut. Sebenarnya agak sukar untuk memimpin peserta ini untuk menjadi pelajar yang berani untuk ke depan dan berkomunikasi dengan baik di hadapan ramai kerana ada dalam kalangan mereka ada yang agak pemalu (nama pun 'bakal pengawas' ye tak huhu...).Namun, berkat program selama tiga hari dua malam ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk mengikis perasaan tersebut. Walaupun demikian, peserta sangat sporting dalam memberikan kerjasama.

Bergambar Kenangan Bersama Dato' Seri Syed Hamid Albar Bersama Isteri

Program kami ini dengan bangganya telah dirasmikan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar yang pada ketika itu merupakan Menteri Luar Malaysia. Beliau dan isteri sudi untuk bersama-sama meluangkan masa untuk merasmikan penutupan program kami ini. Berkat usaha dan kerjasama semua ahli, akhirnya misi dan visi program kami dapat dicapai dengan jayanya walaupun pada mulanya beban yang berat terpaksa kami pikul dengan membawa nama 'Bakal Kaunselor UPSI'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengetua SMK Air Tawar, Tuan Ramlan Bin Rawi dan kaunselor sekolah tersebut iaitu Cikgu Roslan Bin Abu dan juga Cikgu Zamdilaila Binti Saim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kerjasama kepada kami sepanjang program ini berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Kalian tetap dalam ingatan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Penglibatan Program Pertama Di UPSI"

Post a Comment