Pengalaman Bekerja Part Time

Semalam merupakan hari yang dikatakan sangat berdebar bagi saya kerana boleh dikatakan saya telah membuat satu kerja gila dan sanggup menanggung risiko yang sangat besar sekali. Ceritanya bermula begini...


Saya telah ditawarkan oleh rakan saya yang bernama Nani untuk menggantikan tempatnya untuk bekerja part time di sebuah pasar raya sebagai sampeling promoter barangan Jacob kerana dia ada urusan lain. Tawaran itu telah saya terima tanpa banyak soal memandangkan kepada habuan yang agak lumayan yang bakal saya perolehi. Dengan bekerja sehari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, saya akan mendapat habuan sebanyak RM8o. Namun saya tekadkan diri untuk menanggung risiko yang sangat besar kerana saya ikut bekerja dengan orang yang tidak kenali langsung dan destinasinya pula tidak diberitahu. Hanya dikatakan sekitar Tanjung Malim sahaja. Risau juga andai kata perkara yang tidak elok berlaku (takut kena colek). Ramai juga yang memarahi saya namun kerana kedegilan, saya tekad meneruskan perjuangan (perjuangan ker hak3)

Awal-awal pagi lagi saya telah keluar rumah untuk pergi ke rumah rakan yang sama-sama turut bekerja part time pada hari itu. Dua orang pelajar Cina di semester 2 UPSI telah menjadi tambahan kenalan saya. Peramah orangnya membuatkan saya mudah bergaul mesra. Debaran yang kencang pada mulanya kini menjadi seperti biasa apabila saya telah sampai ke destinasi kerja saya itu. Rupa-rupanya saya hanya ditempatkan di pasar raya Yat Fong Herb n Food (tempat saya selalu lalu lalang). Dua lagi rakan Cina saya ditempatkan di sekitar Kuala Kubu Baru.

Kerja yang ditugaskan kepada saya senang sahaja sebenarnya. Just kira stok yang ada pada pagi itu then bagi customer dengan kepingan biskut Jacob dan terangkan khasiatnya. If yang lalu pada ketika itu customer Cina so saya bagi angpau yang didalamnya ada satu peket biskut. Senang sahaja bukan namun selama lapan jam berdiri sungguh memenatkan ditambah lagi saya sudah lama tidak bekerja seperti itu.

Namun demikian, walaupun saya hanya bekerja seperti itu tetapi banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya perolehi sebagai 'bakal kaunselor'. Apa yang saya lihat di sini, untuk mendekatkan diri dengan orang yang kita tidak kenali bukan mudah. Kaedah penerimaan tanpa syarat, ekspresi muka dan friendly sangat memainkan peranan yang sangat penting. Pada mulanya saya berasa takut juga kerana awal-awal lagi 'bos' yang membawa saya itu telah mengatakan bahawa 'bos' di pasar raya tersebut sangat cerewet dan agak tegas. Setelah bertemu dengannya, saya turut mengakui kata-kata tersebut. Saya turut 'disembur' ketika saya baru berkemas-kemas untuk memulakan tugas saya itu. Namun saya telah menggunakan teknik bertenang dan menunjukkan ekspresi muka yang manis dengan senyuman ditambah lagi dengan tutur kata saya yang terselit dengan humor telah membuatkan dia diam dan tidak mengganggu tugas saya lagi.

Sikap saya yang boleh dikatakan mudah mesra telah membuatkan saya ramai kenalan yang pelbagai kaum dan negara (wah dahsyatkan huhu). Hal ini telah membuatkan saya seperti telah lama bekerja di sana. Saya turut telah ditegur oleh seorang customer Melayu disebabkan oleh saya telah tersilap dalam menuturkan kata. Dia turut menasihatkan saya agar lebih banyak membaca. Yang mampu saya lakukan pada ketika itu hanyalah sekadar tersengeh kebengangan.

Hasil pemerhatian dan tanggapan saya sepanjang saya menjalankan tugas tersebut, saya mendapati bahawa orang Cina sangat mementingkan kesihatan tubuh badan mereka berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Biskut Jacob mempunyai rasa yang agak kurang manis namun banyak memberikan manfaat pada tubuh badan kita. Kebanyakkannya orang Cina lebih menggemarinya berbanding orang Melayu dan India yang lebih mementingkan harga dan rasa yang manis dan enak (termasuklah saya juga hi3).

P/S : gambar tidak dapat diupload disebabkan masalah-masalah tertentu...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Pengalaman Bekerja Part Time"

Post a Comment