Pengalaman Bekerja Part Time

Semalam merupakan hari yang dikatakan sangat berdebar bagi saya kerana boleh dikatakan saya telah membuat satu kerja gila dan sanggup menanggung risiko yang sangat besar sekali. Ceritanya bermula begini...


Saya telah ditawarkan oleh rakan saya yang bernama Nani untuk menggantikan tempatnya untuk bekerja part time di sebuah pasar raya sebagai sampeling promoter barangan Jacob kerana dia ada urusan lain. Tawaran itu telah saya terima tanpa banyak soal memandangkan kepada habuan yang agak lumayan yang bakal saya perolehi. Dengan bekerja sehari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, saya akan mendapat habuan sebanyak RM8o. Namun saya tekadkan diri untuk menanggung risiko yang sangat besar kerana saya ikut bekerja dengan orang yang tidak kenali langsung dan destinasinya pula tidak diberitahu. Hanya dikatakan sekitar Tanjung Malim sahaja. Risau juga andai kata perkara yang tidak elok berlaku (takut kena colek). Ramai juga yang memarahi saya namun kerana kedegilan, saya tekad meneruskan perjuangan (perjuangan ker hak3)

Awal-awal pagi lagi saya telah keluar rumah untuk pergi ke rumah rakan yang sama-sama turut bekerja part time pada hari itu. Dua orang pelajar Cina di semester 2 UPSI telah menjadi tambahan kenalan saya. Peramah orangnya membuatkan saya mudah bergaul mesra. Debaran yang kencang pada mulanya kini menjadi seperti biasa apabila saya telah sampai ke destinasi kerja saya itu. Rupa-rupanya saya hanya ditempatkan di pasar raya Yat Fong Herb n Food (tempat saya selalu lalu lalang). Dua lagi rakan Cina saya ditempatkan di sekitar Kuala Kubu Baru.

Kerja yang ditugaskan kepada saya senang sahaja sebenarnya. Just kira stok yang ada pada pagi itu then bagi customer dengan kepingan biskut Jacob dan terangkan khasiatnya. If yang lalu pada ketika itu customer Cina so saya bagi angpau yang didalamnya ada satu peket biskut. Senang sahaja bukan namun selama lapan jam berdiri sungguh memenatkan ditambah lagi saya sudah lama tidak bekerja seperti itu.

Namun demikian, walaupun saya hanya bekerja seperti itu tetapi banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya perolehi sebagai 'bakal kaunselor'. Apa yang saya lihat di sini, untuk mendekatkan diri dengan orang yang kita tidak kenali bukan mudah. Kaedah penerimaan tanpa syarat, ekspresi muka dan friendly sangat memainkan peranan yang sangat penting. Pada mulanya saya berasa takut juga kerana awal-awal lagi 'bos' yang membawa saya itu telah mengatakan bahawa 'bos' di pasar raya tersebut sangat cerewet dan agak tegas. Setelah bertemu dengannya, saya turut mengakui kata-kata tersebut. Saya turut 'disembur' ketika saya baru berkemas-kemas untuk memulakan tugas saya itu. Namun saya telah menggunakan teknik bertenang dan menunjukkan ekspresi muka yang manis dengan senyuman ditambah lagi dengan tutur kata saya yang terselit dengan humor telah membuatkan dia diam dan tidak mengganggu tugas saya lagi.

Sikap saya yang boleh dikatakan mudah mesra telah membuatkan saya ramai kenalan yang pelbagai kaum dan negara (wah dahsyatkan huhu). Hal ini telah membuatkan saya seperti telah lama bekerja di sana. Saya turut telah ditegur oleh seorang customer Melayu disebabkan oleh saya telah tersilap dalam menuturkan kata. Dia turut menasihatkan saya agar lebih banyak membaca. Yang mampu saya lakukan pada ketika itu hanyalah sekadar tersengeh kebengangan.

Hasil pemerhatian dan tanggapan saya sepanjang saya menjalankan tugas tersebut, saya mendapati bahawa orang Cina sangat mementingkan kesihatan tubuh badan mereka berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Biskut Jacob mempunyai rasa yang agak kurang manis namun banyak memberikan manfaat pada tubuh badan kita. Kebanyakkannya orang Cina lebih menggemarinya berbanding orang Melayu dan India yang lebih mementingkan harga dan rasa yang manis dan enak (termasuklah saya juga hi3).

P/S : gambar tidak dapat diupload disebabkan masalah-masalah tertentu...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

STRATEGI BELAJAR BERKESAN

TAHU APA ITU STRATEGI BELAJAR???

Merupakan satu prinsip, teori, cara atau kaedah tertentu yang membolehkan seseorang pelajar belajar dengan lebih berkesan. Menurut Zulkifli Ismail (1993), strategi belajar bermaksud belajar dengan cekap, menggunakan tenaga yang paling minimum untuk memperolehi hasil yang maksimum.

Pulau Harapan...
  • Ada halatuju
  • Ada harapan
  • Ada motivasi
  • Ada matlamat
  • Relaks
  • Yakin diri
Tiada Matlamat...
  • Keliru
  • Ketakutan
  • Bingung
  • Bimbang
  • Tertekan
  • Putus asa
STRATEGI BELAJAR BERKESAN

1. Pembinaan Matlamat
- Cita-cita kerjaya
- Membalas jasa keluarga
- Membina nasib anak bangsa

2. Keadaan Yang Bersedia
- Mental

- Fizikal
- Emosi stabil

3. Praktikkan Kemahiran Belajar
- Menambah ilmu pengatahuan
- Kemahiran bertanya
- Berbincang bersama rakan lain
- Mencatat nota

4. Kemahiran Membaca
- Prapembacaan
- Luncuran
- Imbasan
- Membaca dengan teliti
- Membaca kritis
- Membaca kreatif

5. Kenali Gaya Belajar
- Auditory
- Visual
- Kinestatik
- Mneumonik
- Chunking
- SQ3R
  • SURVEY : Membuat gambaran awal dengan membaca perenggan pertama dan perenggan akhir.
  • QUESTION : Soal diri sendiri tentang apa yang difahami daripada pembacaan.
  • READ : Membaca dengan aktif iaitu cuba memahami isi, menyoal, membincangkan dan merumus.
  • RECALL : Mengingat dan menerangkan dengan perkataan sendiri apa yang difahami daripada pembacaan.
  • REVIEW : Membaca sekali lagi untuk memastikan pemahaman dan ingatan.
6. Doa dan Tawakal

"Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka,
muliakan kami dengan cahaya kefahaman,
bukakan pengertian ilmu pada kami dan bukakanlah untuk kami pintu-pintu anugerahMu,
wahai Zat Yang Paling Penyayang"

"Wahai Tuhan!
Kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi para rasul serta mendapatkan ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu
juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani"

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, begitu juga sekiranya hari ini kamu berjaya itu bukanlah bermakna kamu akan terus berjaya sekiranya usaha tidak terus dipertingkatkan.

Untuk menempah kejayaan hari esok, kamu perlu mengorak langkah yang teratur dan mempunyai strategi yang mantap.


SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MOTIVASI DIRI

Terpampang Depan Mata...
kita hanya menerima maklumat baru setelah kita bersedia, sebelum itu walaupun ia terpampang depan mata kita, kita tidak nampak.


KENAPA BENCANA DIPERLUKAN???
  1. Kita lebih senang untuk tidak berubah.
  2. Kebanyakan kita belajar setelah kita terhantuk :
  • Apabila nyaris gagal atau telah gagal dalam pelajaran - mula belajar
  • Bila hutang keliling pinggang - mula berjimat
  • Bila Tsunami melanda - mula bertaubat
  • Bila pasangan telah tiada - mula menghargai
  • Bila pelanggan lari - mula melayan
Kita mendapat pengajaran terbesar dalam kesusahan bila ANDA membuat keputusan terpenting dalam hidup :
  • Apabila jatuh melutut
  • Setelah ditimpa bencana
  • Setelah dilanda kecewa
  • Setelah ditendang kepala
Ketika itulah hati kecil ANDA berkata...
"'"Aku dah bosan hidup sempit, dah jelak ditendang kepala, aku dah jemu jadi orang suruhan, aku nak buat sesuatu"


KEGAGALAN ADALAH PEDIH TETAPI SEMASA ITULAH KITA TERDIDIK



Orang yang berkesan tidak mencari masalah. Apabila terpampan dengannya mereka menyoal...
"Bagaimana aku perlu berubah apa yang aku fikir dan lupakan?"
"Bagaimana dapat aku tingkatkan mutu diri aku?"


ORANG YANG MENEMPA KEGAGALAN TIDAK MENGHIRAUKAN TANDA-TANDA AMARAN KEGAGALAN

Apabila ditimpa bencana, mereka berkata...
"Kenapa aku ini asyik kena bala saja"


JADI ADAKAH HIDUP INI SATU SIRI BENCANA PEDIH???
PROSES PERTUMBUHAN TERASA AMAT PEDIH APABILA KITA MELAWANNYA

KENAPALAH KITA YANG SELALU TERKENA BENCANA???



3 reaksi :


1. Hidup adalah satu siri pelajaran yang aku perlukan, tersusun baik sekali.
(Pendekatan yang paling sihat, menjamin fikiran yang paling senang)



2. Hidup adalah nasib, apa yang datang kutangani sebaik mungkin.
(Pilihan kedua terbaik, membawa kualiti hidup biasa)


3. Kenapa kejadian buruk sentiasa saja menimpaku?
(Menjamin rasa sengsara dan kecewa yang paling teruk)



"Sehingga kita memahami pelajaran itu, kita kena mengambilnya lagi dan lagi...berkali-kali"

Andai kita menderita 7 hari seminggu,
mungkin sekali kita tidak sedar akan pelajaran yang diberikan.
Itu tandanya kita tidak memberi perhatian kepada pelajaran,
Buruk sekali jika kita katakan
"ITU TIDAK ADIL..."


Kita di sini bukan untuk dihukum!
Kita di sini untuk dididik.
Bencana mempunyai potensi terbesar untuk mengubah pemikiran kita.
Bertindaklah dengan anggapan
setiap peristiwa ada tujuan,
maka hidup anda akan mempunyai tujuan...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Penglibatan Program Pertama Di UPSI

Barisan Fasilitator Yang Terlibat Bersama Kaunselor Sekolah

Sebenarnya progam ini telah lama dilaksanakan. Tengok sahaja pada tarikh yang tertera di gambar atas. Bukannya apa saja-saja untuk tambah modal berbicara huhu... Program ini merupakan program pertama saya dan rakan seperjuangan yang lain melaksanakan tugasan luar. Ianya di bawah subjek Hubungan Etnik kelolaan En Samri. Pada ketika itu kami baru saja berada di semester kedua di UPSI. Program yang diberi nama "Program Mawadah Siswa Siswi UPSI" telah diadakan pada 1-3 Februari 2008 bertempat di SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor yang merupakan sekolah lama saya. Seramai 28 orang fasilitator yang terlibat sama dalam menjayakan program tersebut. Nampak ramaikan??? Ala sebenarnya ni adalah gabungan dua team huhu...

Bersama Peserta Pelajar SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor

Peserta yang terlibat dalam program yang kami anjurkan ini adalah terdiri daripada peserta 'bakal pengawas' yang telah dipilih oleh sekolah tersebut. Sebenarnya agak sukar untuk memimpin peserta ini untuk menjadi pelajar yang berani untuk ke depan dan berkomunikasi dengan baik di hadapan ramai kerana ada dalam kalangan mereka ada yang agak pemalu (nama pun 'bakal pengawas' ye tak huhu...).Namun, berkat program selama tiga hari dua malam ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk mengikis perasaan tersebut. Walaupun demikian, peserta sangat sporting dalam memberikan kerjasama.

Bergambar Kenangan Bersama Dato' Seri Syed Hamid Albar Bersama Isteri

Program kami ini dengan bangganya telah dirasmikan oleh Dato' Seri Syed Hamid Albar yang pada ketika itu merupakan Menteri Luar Malaysia. Beliau dan isteri sudi untuk bersama-sama meluangkan masa untuk merasmikan penutupan program kami ini. Berkat usaha dan kerjasama semua ahli, akhirnya misi dan visi program kami dapat dicapai dengan jayanya walaupun pada mulanya beban yang berat terpaksa kami pikul dengan membawa nama 'Bakal Kaunselor UPSI'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengetua SMK Air Tawar, Tuan Ramlan Bin Rawi dan kaunselor sekolah tersebut iaitu Cikgu Roslan Bin Abu dan juga Cikgu Zamdilaila Binti Saim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kerjasama kepada kami sepanjang program ini berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Kalian tetap dalam ingatan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jari Jemari Mula Menari

Bila kebosanan mula memuncak... mulalah jari ini menari-nari...

Walaupun agak kelewatan dalam membuat assignment yang dipinta daripada 'TOK GURU' (En Aziz) diharap ianya tidak menjejaskan apa-apa. Ampun dan maaf dipinta ya (macam hari raya pulak huhu...) Walau apa pun yang terjadi, blog yang diminta tetap saya create.

Rindu benar dengan En Aziz...
Bukan rindu sebab apa tapi sebab da lama tak dengar ayat lawak En Aziz yang selalu kata "aku terajang karang" or "jangan lupa bawak tasbih pergi kelas saya ye" huhu... Jangan marah ye En, gurau-gurau jek. Biasalah saya mana tau pandai dok diam kat kelas. Humor sangat penting untuk jadi kaunselor yang cemerlang. Tol tak TOK GURU a.k.a Penasihat Akademik (PA)???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS